Makluman: Fail e-book akan dihantar oleh penulis sendiri.
Blurb Accidentally Yours:
Bila gaduh lebih banyak daripada romantik, bila memori lama mula kacau perasaan, dan bila hati perlahan-lahan jadi tak keruan … Irfan buntu. Untuk diteruskan, dia rasa sesak. Untuk meninggalkan, dia rasa salah. Jadi, apa pengakhiran mereka?
Blurb Legally Yours:
Noor Delisha dan El Ayyash mencintai satu sama lain sebelum sebuah kebenaran memusnahkan segalanya.
Delisha memilih untuk pergi.
Bertahun-tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula.
El Ayyash masih lelaki yang Delisha cuba lupakan. Mamat menjengkelkan. Tidak serius. Dan terlalu pandai menembusi benteng yang dibinanya bertahun-tahun.
Namun kali ini, El tidak mahu lagi melepaskan.
Pada saat Delisha cuba menjaga jarak, lelaki itu semakin berani mendekat. Seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku antara mereka dahulu.
Sedangkan Delisha tahu, dia tidak sepatutnya kembali jatuh pada lelaki yang bakal menjadi suami kepada perempuan lain.
“You tahu apa masalah you? You tamak.” – Delisha
“Salah ke kalau I still nak perempuan yang I sayang?” – El Ayyash
“I tak nak jadi yang kedua.” – Delisha
“You are always my number one.” – El Ayyash
Mampukah Delisha terus tegas dengan pendiriannya? Atau akhirnya dia sendiri yang akan menjadi perosak dalam hubungan orang lain?
Kerana ada cinta yang cuba dilupakan, tetapi tidak pernah benar-benar melepaskan.







Reviews
There are no reviews yet.