‘Nadine Awla. I’m here.’
Kiriman nota itu telah mengocak ketenangan Nadine.
Bilamana dia menerima kiriman yang lebih ekstrem, keluarga Nadine nekad mengupah seorang pengawal peribadi untuknya.
Naufal Adha.
Itulah insan yang sama, yang pernah mengetuk pintu hati Nadine. Lebih tepat lagi, namanya masih tersimpan kemas di dalam relung hati Nadine.
“Awak tahu awak diupah untuk jaga saya. Kenapa awak terima? Dulu kita…”
“Disebabkan kita yang dulu, saya terima, Cik Awla.”
Jiwa Nadine terusik. Perasaannya terbuai. Pun begitu, status Nadine telah mencipta jarak di antara dia dan Naufal. Hatinya juga masih terluka dengan apa yang berlaku dahulu.
“Tajamkan mata dan fikiran, supaya tak terperdaya dengan ilusi.”
Betullah. Selama ini, Nadine dikaburi ilusi.
Semakin Nadine dekat dengan kebenaran di sebalik kiriman misteri itu, semakin Nadine bergelut dengan rasa dikhianati dan kecewa. Dan Nadine, semakin lelah mahu terus berpura-pura kuat.
“Awak tahu aster symbolises apa?”
“Cinta tulus, kekuatan dan kesabaran.”
“Itu sebabnya saya pilih aster untuk awak. Pada saya, awak aster saya.”
Benarkah Nadine sekuat yang disangka Naufal? Atau dia cuma wanita lemah, yang rela diperdaya ilusi dan hidup dalam kebahagiaan palsu?

![[pre order] aster untuk naufal syu ariani [pre order] aster untuk naufal syu ariani](https://sugarlilybooks.com/wp-content/uploads/2026/04/Catalog-Website_20260424_154845_0000.png)
![[pre order] aster untuk naufal syu ariani](https://sugarlilybooks.com/wp-content/uploads/2026/04/Catalog-Website_20260424_154845_0000-300x300.png)
Reviews
There are no reviews yet.