Sinopsis:
Apa rasa jadi Nur Anis? Nama yang ringkas, namun perjalanan hidupnya berliku sejak kecil lagi.
Dia dihina menjadi anak luar nikah walaupun bukan kemahuan dirinya dilahirkan begitu. Bertambah sadis apabila ibu bapa kandungnya hanya mempergunakan dia untuk kesenangan hidup mereka.
Namun untuk semua itu, Anis masih mampu tersenyum. Dia punya keluarga angkat yang sangat menyayangi dirinya.
Cuma, terdetik juga di hati Anis. Adakah keluarga angkatnya sahaja yang menyayangi dirinya? Menerima segala kekurangannya?
Tengku Fateh Hayden.
Nama yang cukup terkenal di seluruh dunia. Anis sepatutnya rasa bertuah menjadi isteri lelaki itu. Salah seorang pelumba Formula 1 dunia yang menjadi tumpuan ramai dek kebolehan dan ketampanan si jejaka.
Tapi Anis sedar diri. Fateh terlebih dahulu mencintai adik tirinya, Syamila.
Hancur. Sakit hati. Tetapi Anis terlanjur mencintai Fateh.
Fateh yang tiada hati untuk Anis. Fateh yang dingin. Tiada kemesraan dalam perkahwinan mereka. Sampai bilakah perkahwinan beku itu bakal berlangsung? Anis juga punya hati dan perasaan yang ingin dicintai seorang lelaki.
This Edition
Format: 479 Pages, Paperback
Published: 1 January 2025 by Ceritera Cinta Publication
ISBN:




![[pre order] aster untuk naufal syu ariani](https://sugarlilybooks.com/wp-content/uploads/2026/04/Catalog-Website_20260424_154845_0000-300x300.png)

Reviews
There are no reviews yet.