“May God have mercy on my enemies, cause I won’t…”
Selepas sepuluh tahun menjalani hukuman penjara, Lean akhirnya dibebaskan. Kesalahannya—cubaan membunuh bapa tirinya. Namun tiada siapa pernah tahu sebab sebenar di sebalik perbuatannya itu.
‘Aku cuma nak dia mati. Macam mana pun caranya, aku nak dia mati di tangan aku!’
Kebebasan bukan penamat bagi dendamnya. Lean keluar dari penjara dengan satu misi yang belum selesai—menamatkan apa yang pernah dia mulakan. Dengan bantuan Andra, dia dipertemukan dengan Greg, lelaki yang akan mengajarnya segala kemahiran mempertahankan diri.
Namun Greg bukan sekadar jurulatih biasa.
“Aku takkan ajar kau selagi kau tak berterus terang dengan aku. Aku bukanlah baik, tapi aku juga tak jahat. Segala yang aku buat, aku faham hujung pangkal. Aku percaya setiap perbuatan jahat perlukan hukuman. Kalau bukan melalui undang-undang, ianya boleh jadi dengan cara lain. Betul?” — Greg
“Well then, I don’t need your help.” — Lean
Masing-masing menyimpan masa silam yang gelap. Masing-masing membawa dendam yang belum terlerai.
“Kau tak tidur lagi?” — Greg
“Macam mana aku nak tidur? You’ve been sweating all night. Badan kau panas.” — Lean
Lean menekap tapak tangan ke dahi Greg.
Di tengah perancangan, latihan, dan dendam yang membara—mereka mula mempersoalkan satu perkara yang tidak pernah dirancang.
Adakah jatuh cinta itu masih relevan… saat hidup mereka hanya berputar pada misi membalas dendam?






Reviews
There are no reviews yet.