Sinopsis:
Nafas ditarik dalam. Cuba menenangkan diri. Kalau tak, dia takut gigi Rio yang cantik tersusun itu tinggal geraham sahaja!
“Pak cik.” Deraman Hani menarik perhatian Rio yang tersengih dari tadi.
Kening Rio terangkat sebelah. Setia menanti gadis pujaan hatinya meneruskan kata.
Hani berdehem perlahan membetulkan suara.
“Seorang lelaki dan perempuan yang belum halal tak boleh cakap benda yang tak manis.”
“Manis?” Bibir yang tersenyum tadi terus hilang berganti riak wajah kehairanan. Bila pula dia cakap tentang benda manis? Dia cakap tentang nikah.
Hani menyeringai. Dahi ditepuk perlahan.
Lupa! Pakcik ni made in Japan!
“Berdosa lelaki dan perempuan yang tak kahwin lagi cakap tentang kissing and anything yang haram dilakukan sebelum nikah.” Penuh sabar Hani menerangkan.
Rio terdiam lama.
“Tapi aku cakap aku nak kiss kau lepas kita nikah. Halal, kan?”
“Arghh! Rasa nak cili ajelah mulut pakcik ni biar diam tak bercakap!” Tempik Hani. Dia mula hilang sabar.
Dia dah cakap! Dia ni bukannya baik dan penyabar pun. Tapi Rio nak jugak dia yang ganas ni.
“Kenapa pulak!” tempik Rio dengan bercekak pinggang depan Hani.
Hani jeling sedas. Dalam hati masih mengata Rio. Dia terang banyak kali pun Rio bukan faham!
“Cepatlah nikah! Penatlah macam ni!”
Dari rasa panas hati, terus sejuk hati Rio. Macam ada orang simbah salji! Dia tersenyum lebar.
This Edition
Format: 734 Pages, Paperback
Published: 1 July 2025 by Ceritera Cinta Publication
ISBN: 9786299838746






Reviews
There are no reviews yet.