Sinopsis:
Nur Alia Airysha, seorang gadis kampung yang datang ke Kuala Lumpur dengan satu tujuan—membantu keluarganya dan membiayai kos pembelajaran sendiri. Dengan bantuan sahabat abangnya, Kak Yati, Airysha diterima bekerja di sebuah butik terkemuka milik Datin Aleeya.
“Oi, cicak kobeng! Aku yang rasa sial jumpa dengan kau pagi-pagi ni.” — Airysha
Takdir menemukan Airysha dengan Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis, berkelulusan luar negara, dan juga anak kepada pemilik butik tersebut.
“Oi, mat! Kau dah langgar beg aku tu, mintalah maaf! Jalan menonong je macam KL Sentral ni bapak kau punya,” marah Airysha.
“I’m not going to apologize for your stupidity placing your bag in front of your toes.” — Danial
Bekerja di bawah satu bumbung untuk tempoh masa yang singkat, mereka bercakaran setiap hari seperti anjing dan kucing. Namun di sebalik pergaduhan yang tidak berkesudahan, Danial mula mempergunakan Airysha setiap kali dia mahu melarikan diri daripada teman-teman wanitanya.
Tanpa disedari, hubungan pura-pura itu menjerat mereka dalam satu perkahwinan yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
“Aku nak kau sign kontrak dengan aku,” cadang Danial.
“Kontrak apa?” tanya Airysha.
“Kontrak untuk kau jatuh cinta kat aku.” — Danial
Persoalannya, berjayakah kontrak itu?
This Edition
Format: 546 pages, paperback
Published: 1 January 2024 by Nueva Ficcion
ISBN: 9786299791959






Reviews
There are no reviews yet.